Wednesday, 23 March 2016

Resepi Ringkas Lempeng Kelapa Sukatan Cawan

Resepi Lempeng Kepala Sukatan Cawan terbaru dan terkini

Salam, Hai semua, lama betul tak menulis resepi kat blog ni, ada yang rindu kite ke tak..hehehe.. ok la, harini kita nak sambung menulis resepi untuk koleksiresepiemak. Hari ini saya nak share resepi tradisional turun temurun kita iaitu, Resepi Lempeng Kelapa. Ini satu lagi resepi yang sangat simple yang menggunakan sukatan cawan je, jadi tak perlu la nak susah taw. Rugi kalau tak cuba. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple

Bahan-bahan Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple

1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
1 biji Telur
Sambal tumis, sebagai pencicah

Cara Cara Masak Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple

1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
.
2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
.
3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...


Klik Sini Untuk Resepi Sambal ==>> Resepi Sambal


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment