Salam, Hai semua, lama betul tak menulis resepi kat blog ni, ada yang rindu kite ke tak..hehehe.. ok la, harini kita nak sambung menulis resepi untuk koleksiresepiemak. Hari ini saya nak share resepi tradisional turun temurun kita iaitu, Resepi Lempeng Kelapa. Ini satu lagi resepi yang sangat simple yang menggunakan sukatan cawan je, jadi tak perlu la nak susah taw. Rugi kalau
tak cuba.
Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple
Bahan-bahan Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
1 biji Telur
Sambal tumis, sebagai pencicah
Cara Cara Masak Resepi Lempeng Kelapa Sukatan Cawan Simple
1.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan
jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau
rata dan rehatkan sekejap..
.
2. Panaskan non-stick pan saiz 4
inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3
cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan
lempeng kelihatan pucat.
.
3. Terbalikkan dan masak lagi hingga
sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan
bersama sambal tumis kegemaran anda...
Klik Sini Untuk Resepi Sambal ==>> Resepi Sambal
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!