Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
Bahan-bahan Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
2 cawan pisang, yang sudah dilecek1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Cara Cara Masak Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan Simple
- Panaskan periuk kukus.- Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
- Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
- Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
- Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
- Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi.
- Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
- Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
.
Tips:
Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul..
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
resepi lepat pisang tepung beras
ReplyDelete