Friday 25 March 2016

Resepi Ringkas Bubur Chacha Sukatan Cawan



Salam, selamat pagi semua. Ada ke penggemar bubur kat sini, ok hari ini saya nak share lagi satu resepi ringkas bubur iaitu, Resepi Ringkas Bubur Chacha. Ini satu lagi resepi yang sangat simple yang menggunakan sukatan cawan je. Rugi kalau tak cuba. Selamat mencuba ye semua. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Ringkas Bubur Chacha Sukatan Cawan Simple

Bahan-bahan Resepi Ringkas Bubur Chacha Sukatan Cawan Simple

2 cawan bubur cha cha kering
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun pandan – disimpulkan

Cara Cara Masak Resepi Ringkas Bubur Chacha Sukatan Cawan Simple

1. Rebus bubur chacha sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
.
2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cawan santan cair, tapiskan.
.
3. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
.
4. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
.
5. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.
.
Tip: Anda boleh tambahkan bahan lain seperti ubi keledek kalau mahu.



Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment