Saturday 26 March 2016

Resepi Ringkas Karipap Cheese Simple

Resepi Ringkas Karipap Cheese

Salam, hai semua. ada yang suka cheese tak kat sini? Sekarang ni dah jadi trend kan, ada resepi yang ditambah cheese . Hari ini saya nak share satu resepi ringkas yang menggunakan cheese iaitu , Resepi  Karipap Cheese. Try taw, jgn tak try pulak, sedappp. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Ringkas Karipap Cheese

Bahan-bahan Resepi Ringkas Karipap Cheese

Bahan Kulit –
225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus
.
Bahan Inti –
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong kecil
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong ikut citarasa
.

Cara Cara Masak Resepi Ringkas Karipap Cheese

Buat Kulit –
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata.
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin.
4. Pastikan masukkan air separuh-separuh. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.
.
Buat Inti –
5. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair.
6. Masukkan susu cair sikit demi sikit, kalau adunan dah lembut dan tak kering sangat, dah ok. Kalau guna lada sulah berperisa Ajinomoto, memang dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah sedikit garam.
7. Sausage boleh digantikan dengan jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
8. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya (Berapa banyak cheese dan sausage bergantung pada selera anda), tutup dan kelim ditepinya. Nak guna Acuan Karipap tu pon boleh juga.
9. Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment