Wednesday 9 December 2015

Kuah Rojak Simple

Kuah Rojak Simple

 

Korang suka makan rojak? korang tahu macam mana nak buat kuah rojak tu tak? haaa..Hari ini saya nak share satu resepi istimewa iaitu Kuah Rojak Simple yang sangat mudah untuk dibuat Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Kuah Rojak Simple

Bahan-bahan Kuah Rojak Simple :

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh -
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)

Cara-Cara Membuat Kuah Rojak Simple :

1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali.
2. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
4. Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
5. Tutupkan api. Biar ia sejuk.

Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

1 comment:

  1. time rajin.. boleh la nak buat ni...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    ReplyDelete