Thursday 3 December 2015

Pie Ayam Simple

Pai Ayam Simple

Hari ini saya nak share makanan yang popular di negara barat, iaitu pai ayam simple. Kali ini kita ubah guna versi pai ayam cara masakan melayu. Jangan risau ianya simple dan sangat senang untuk dicuba. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Pai Ayam Simple

Bahan-bahan Pie Ayam Simple :

Bahan untuk Doh Pie :
150gram butter
280gram tepung gandum
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
 
Bahan untuk Inti Pie:
1 biji kentang (potong dadu)
(*) 2 ketul bahagian dada ayam  (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu) - nak guna mix vegetable pun boleh
1 biji bawang besar (cincang)

Bahan Untuk Menumis Inti Pie :
2 sudu minyak masak
(#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
(#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
(#) 1 sudu besar sos tiram
(#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu besar air)

Cara-Cara Membuat Pie Ayam Simple :

Cara membuat inti pie:

Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.

Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa.

Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie sehingga menjadi pekat

Sejukkan inti pie.

Cara membuat Doh Pie:

Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bahan doh.

Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).

Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.

Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.

Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.

Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.

Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment