Salam, hai semua. Korang dah pernah rase Donut Cheese? Sedap wei.,meleleh!!. Pada siapa yang menggemari cheese boleh la cuba resepi Donut Cheese Simple ni. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Donut Cheese Simple
Bahan-bahan Resepi Donut Cheese Simple
4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cwn air suam
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice
Cara Cara Masak Resepi Donut Cheese Simple
1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!