Salam, hai semua. Haritu saya ada pergi kenduri di negeri sembilan, otw balik saya singgah di satu gerai di tepi jalan, ingat nak beli goreng pisang, Tetapi lain pula yang saya jumpa. kuih keria gula melaka. sedap wei. Balik rumah, terus cari resepi nya. Jadi hari ni saya nak share resepi Keria Gula Melaka Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Keria Gula Melaka Simple
Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Korea Simple
500gm Keledek (guna keledek oren)
Air (untuk merebus)
Garam secukup rasa
1 cawan Tepung Gandum
1-2 sudu makan tepung beras
1 Sudu teh Serbuk Penaik
Minyak (untuk menggoreng)
Cara Cara Masak Resepi Keria Gula Melaka Simple
1- Buangkan kulit keledek dan potong kecil. Masukkan keledek dalam periuk beserta air dan garam . Rebus hingga empuk .
2- Setelah empuk , lenyekkan keledek . Masukkan tepung gandum , tepung beras dan serbuk Penaik dan gaul rata hingga menjadi doh .
3- Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut . Jika doh lembut letakkan minyak atau tepung ditelapak tangan dan bentukkan .
4- Setelah siap , panaskan minyak dan goreng hingga keperangan dan toskan.
Bahan Sira Gula Melaka
2-3 Keping Gula Melaka Nisan
1/2 cawan Gula Perang
1 Sudu makan Gula Halus
3 sudu makan Air
Secubit garam
Cara cara sira Gula Melaka :
1- Satukan semua bahan dan masak didalam kuali hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana.
2- Dengan api perlahan masukkan kuih dan gaul hingga gula rata dan kering.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!