Salam, hai semua. Ada pengemar kuih-kuih tradisional tak? ada yang kenal kuih ini? Ini adalah kuih Bakar Pandan. Sedap taw, tak manis sangat, sesuai la untuk semua golongan tak kira tua atau muda. So hari ni saya nak share resepi Kuih Bakar Pandan Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Kuih Bakar Pandan Simple
Bahan-bahan Resepi Kuih Bakar Pandan Simple
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan air + esen pandan
3 cawan santan ( 2 kotak santan + 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan - bijan
Cara Cara Masak Resepi Kuih Bakar Pandan Simple
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
2. Blender hingga sebati.
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven selama beberapa minit. Setelah loyang panas, keluarkan loyang dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).
4. Bakar selama 1 jam pada suhu 180c dgn api atas bawah. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah bakar lagi 30min dgn gunakan api atas sahaja.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!