Salam, hai semua. Ada pengemar kuih-kuih tradisional tak? kenal tak dengan kuih gambar diatas? Ini adalah kuih tepung bungkus. Salah satu feveret saya dan suami ni. So hari ni saya nak share resepi Tepung Bungkus Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Tepung Bungkus Simple
Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple
Bahan untuk adunan tepung
1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan
Bahan untuk inti kelapa
3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan
Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple
Cara membuat adunan tepung
1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.
2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.
Cara membuat inti kelapa
1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak
2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.
3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.
4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.
Cara membungkus kuih tepung bungkus
1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.
2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.
3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.
4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.
5. Kukus selama 20-25 minit.
6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!