Salam, hai semua.Untuk tahun 2017 ini, saya cuba ketengah resepi western food untuk di kongsikan bersama-sama korang. Kali ini saya akan kongsikan salah satu resepi yang mudah untuk dicuba dirumah, iaitu Tortilla Hot & Roll Simple. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Tortilla Hot & Roll Simple
Bahan-bahan Resepi Tortilla Hot & Roll Simple
1 paket roti tortilla (sy guna jenama #missionwrap)
Sosej jenama Ramly (hiris)
Bawang holland (hiris)
Cheesedale
Parmesan cheese
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Mayonis
Cara Cara Masak Resepi Tortilla Hot & Roll Simple
Celur sosej ramly seminit, toskan dan hiris nipis.
Panaskan pan.
Letak sekeping roti tortilla atas pan (pastikan api slow).
Bila dah garing, palingkan.
Susun parmesan cheese,sosej, cheesedale.
Tabur bawang cincang dan ratakan mayones. Tabur serbuk cili dan serbuk lada hitam.
Tutup pan & biar 2 minit.
Lepas 2 minit, angkat tutup pan.
Lipat 3 segi, angkat dan hidang.
Sedap dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!