Resepi Kerang Cencalok Simple
Bahan-bahan Resepi Kerang Cencalok Simple
300gm kerang - dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)2sb cencaluk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1/2 biji bawang holland - dipotong dadu
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Sedikit margerin + minyak - untuk menumis
Bahan kisar:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
Sedikit belacan
Cara Cara Masak Resepi Kerang Cencalok Simple
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment