Thursday, 16 March 2017

Resepi Pulut Kuning Simple

Resepi Pulut Kuning Simple

Salam, hai semua. Pagi tadi saya sarapan pulut kuning, sedap sangat, teringin nak buat pulut kuning yang sedap macam tu. Balik je rumah, terus tanye kawan2 resepi mana yang sedap dan mudah. Ha ni hah, nak share dengan anda semua. Resepi Pulut Kuning Simple. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Pulut Kuning Simple


Bahan-bahan Pulut Kuning Simple

1kg    Beras pulut (saya guna jenama faiza)
2 keping  Asam Keping
2 sudu kecik serbuk kunyit
sekotak santan 500ml (saya guna jenama Kara) - nak guna santan fresh pun boleh
1 sudu kecik garam

Cara Cara Masak Resepi Pulut Kuning Simple


1. Rendam bersama asam keping (2-3keping), 1/2 sk serbuk kunyit selama 2jam dengan air biasa.

2. Setelah rendam 2jam, toskan air rendaman tadi, kemudian kukuskan selama sejam..

3. Sediakan sekotak santan (saya guna jenama Kara) dicampur dengan 1 sk garam.

4. Kemudian, angkat pengukus berisi pulut separuh kukus tadi, pindahkan pulut ke dalam mangkuk untuk gaulkan santan bergaram tadi. Ratakan sehingga santan diserap pada pulut.

5. Kemudian, kembali kepada pengukus, kukus balik pulut yang bersantan tadi selama 1 jam lagi..

Siap..

*boleh check jika pulut tidak menepati piawaian,boleh tambah masa mengukus sehingga masak ikot kelembutan pulut yang anda mahu..sebab ada yang nak lembik lagi kan..

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment