Sunday 3 April 2016

Bubur Som Som Sukatan Cawan Simple


kuih Som Som Sukatan Cawan Simple

Kuih Som Som Sukatan Cawan Simple
Salam, selamat pagi semua. Ada ke penggemar bubur kat sini, ok hari ini saya nak share lagi satu resepi ringkas bubur iaitu, Resepi Ringkas Bubur Som Som. Ianya juga dikenali sebagai Kuih Som Som. Ini satu lagi resepi yang sangat simple yang menggunakan sukatan cawan je. Rugi kalau tak cuba. Selamat mencuba ye semua. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Ringkas Bubur Som Som Sukatan Cawan Simple

Bahan-bahan Resepi Ringkas Bubur Chacha Sukatan Cawan Simple

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan

1 sudu kecil perisa/pewarna pandan ( jika suka)
1/2 sudu kecil garam

Cara Cara Masak Resepi Ringkas Bubur Som Som Sukatan Cawan Simple

1. Panaskan kukusan
2. Gaul semua bahan dan tapis dalam periuk.
3. Kacau adunan sebentar dan tuang dalam loyang/acuan yang telah disapu minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah/melaka.



Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment