Monday 4 April 2016

Kuih Kole Kacang Simple

Resepi Kuih Kole Kacang Simple

Salam, hai semua. hari ini saya nak share satu resepi tradisional yang ringkas iaitu , Resepi Kuih Kole Kacang Simple. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Kuih Kole Kacang Simple

Bahan-bahan Resepi Kuih Kole Kacang Simple

Bahan A:
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan

Bahan B:
300gram tepung kacang hijau
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air


Cara Cara Masak Resepi Kuih Kole Kacang Simple

1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat).
2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat).
4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.
5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

 

Bahan buat tahi minyak:

300ml santan pekat + 1/8tsp garam

Cara-cara:

Dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas). Minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat.

Tips:

Masak adunan kuih koleh kacang selama 40 minit guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau supaya adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dlm loyang yg telah di gris dgn minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak ketika masih panas lagi.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment