Saturday, 2 April 2016

Aiskrim Durian Homemade Simple


Aiskrim Durian Homemade Simple

Salam, hai semua. semalam saya dah share satu resepi aiskrim jadi hari ni pon saya nak share lagi satu resepi aiskrim yang sangat sedap. Resepi Aiskrim Durian Homemade Simple. Ala senang je nak membuat aiskrim homemade durian ni. Sedap taw, jom kita try.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Simple

Bahan-bahan nya Aiskrim Durian Homemade Simple :

250ml Susu Cair
1½ sb Tepung Kastad
2 sb Gula Pasir
¼ st Garam
1 biji Kuning Telur
200g Isi Durian
200ml Non-dairy Whip Cream


Cara-Cara Memasak Aiskrim Durian Homemade Simple :

1. Satukan kesemua bahan, kecuali whip cream, sehingga sebati. Masak sehingga kental dgn api kecil. Sejukkan.
2. Pukul whip cream sehingga bertanduk. Satukan dgn kastad tadi sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas & bekukan sehari.
3. Masukkan aiskrim ke dalam blender & blend sehingga gebu. Masukkan ke dalam bekas & bekukan sehari lagi. Sedia untuk di hidangkan!


Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment