Monday 16 November 2015

Tosei Simple

Tosei Simple

Sempana cuti deepavali yang lepas, saya ada try buat satu resepi makanan kaum india, iaitu Tosei. Selalu kita asyik makan tosei ni kat kedai je kan, cuba kita sesekali buat sendiri kat rumah. sedappp.. . Hari ni saya nak share satu resepi best punye, resepi Tosei Simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Tosei Simple

Bahan-bahan Tosei Simple:

Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
2 cawan beras -rendam 8 jam
1 cawan aluthu - rendam 8 jam -
Aluthu tu mcm kacang hijau tp warna putih, boleh beli di kedai india
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bawang besar

Cara-Cara Memasak Tosei Simple :

Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
Masukkan garam dan kacau rata.
Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.
Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.
Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.
Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment