Tuesday, 17 November 2015

Biskut Dahlia Simple

Biskut Dahlia Simple

Hari ini saya Menambah koleksi resepi biskut raya dalam blog ini. Korang mesti pernah dengar biskut dahlia atau biskut semperit kan. Haaa.. ni kite nak share la resepi nye . Ianya sangat mudah dan senang untuk membuatnya. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Biskut Dahlia Simple

Bahan-bahan Biskut Dahlia Simple:

Bahan A
250gm mentega
120gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Bahan B (di ayak bersama)
230gm tepung gandum red rose
100gm tepung kastard
100gm tepung jagung
50gm tepung ubi

Hiasan : Ceri merah/ceri hijau Resepi biskut 

Cara-Cara Membuat Biskut Dahlia Simple :

1. Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Gunakan acuan dahlia dan tekan di atas loyang yang telah di leser dengan majerin.
3. Sapu sedikit telur putih di tengah biskut (supaya ceri tidak tanggal apabila biskut masak) dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment