Sunday, 15 November 2015

Putu Mayam Simple

 
Putu Mayam Simple

Korang mesti pernah makan kuih ini kan?? Tapi korang pernah tak tertanya-tanya, macam mana Putu Mayam  ni dibuat. Haa.. Jangan risau, hari ni saya nak share satu resepi best punye, resepi Putu Mayam Simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Putu Mayam Simple

Bahan-bahan Putu Mayam Simple:

- 300g Tepung Beras
- 600-700 ml Air Panas
- Garam secukup rasa.
- 2 helai daun pandan
- Pewarna jika suka
- Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).

Cara-Cara Memasak Putu Mayam Simple :

1- Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
2-Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
3-Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat di periuk/mangkok adunan. Kalau nak boh kaler pandailah adjust yer
4-Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tak tahan gunalah senduk kayu apabila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 4 bahagian.
5-Panaskan air dalam bekas kukus bersama daun pandan.
6-Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang pon ok kot.
7-Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau tekan mengikut saiz yang disukai.
8-Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
9-Kukus 5-10 minit.
10-Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment