Wednesday 4 November 2015

Soto Ayam Simple

Soto Ayam Simple

Kalau di sekitar kawasan bagan datoh dan teluk intan, memang terkenal dengan makanan sup di sekitar pasar malam. Hidangan ini juga dikenali sebagai Soto, jadi hari ini saya nak share resepi terkenal orang jawa iaitu soto ayam. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Soto Ayam Simple

Bahan-bahan Soto Ayam Simple :

1 ekor ayam
1 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
3 liter air (boleh tambah)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN DIKISAR ( utk tumisan kuah ) :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.

Bahan Hiasan
Daun Bawang
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Soto Ayam Simple :

CARA MEMASAK :
- Bersihkan ayam dan dipotong jadi ketulan-ketulan kecil.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit
 - Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi .
- Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak .
- Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.

- Goreng suhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit dan dihidangkan bersama bahan hiasan.

Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment