Tuesday 3 November 2015

Chocolate Cobbler Simple

Chocolate Cobbler Simple

Ada peminat Chocolate Cobbler disini tak? Haa. hari ni saya nak share satu resepi simple bagi peminat Chocolate Cobbler. Resepi ringkas lagi mudah ini amat cepat untuk disediakan. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Chocolate Cobbler Simple

Bahan-bahan Chocolate Cobbler Simple :

1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan susu segar
1 cawan butter - dicairkan bahan-bahan lapisan coklat :
3/4 cawan gula halus
6 sudu besar serbuk koko
2 cawan air panas

Cara-Cara Membuat Chocolate Cobbler Simple :

1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
2. Ayak tepung bersama baking powder.
3. Satukan 1 cawan gula, tepung, esen vanila & susu. Gaul rata. 4. Tuang butter cair kedalam acuan 9 x 13, kemudian tuang adunan tepung tadi keatas butter cair. Jangan dikacau!
5. Di bekas berasingan, campur serbuk koko bersama 3/4 cawan gula. Gaul rata.
6. Taburkan campuran gula & koko tadi keatas adunan tepung didalam loyang. Jangan dikacau!
7. Tuang rata air panas mendidih keatas adunan dalam loyang. Jangan dikacau, dibiarkan sahaja!
8. Bakar didalam oven selama 35 - 40 minit atau hingga kecoklatan. Elok dihidangkan ketika masih hangat bersama ice cream kesukaan anda


 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment