Monday 2 November 2015

Kuih Cakoi Simple

 
Kuih Cakoi Simple

Kuih Cakoi bukan sahaja sangat sesuai untuk hidangan sarapan pagi, malah ianya juga sesuai dihidangan untuk minum petang. Resepi ringkas lagi mudah ini amat cepat untuk disediakan. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Kuih Cakoi Simple

Bahan-bahan Kuih Cakoi Simple :

400 gr tepung gandum
1 cwn air
1 sb marjerin (cairkan )
1 sk garam
3 sb gula pasir
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sk yis kering
1/2 sk soda bicarbonat

Cara-Cara Membuat Kuih Cakoi Simple :

Dalam mangkuk,campurkan semua bahan (kecuali tepung ),kacau sebati,masukan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli,uli doh hingga lembut dan tak melekat ditangan..doh mesti lembut.
rehatkan doh selama 30 minit tutup dgn kain lembab.
canai doh bentuk persegi,tebal 1/2 cm,potong panjang kemudian tindih dgn lidi bersih/chop stik..
goreng hingga kekuningan.

Cadangan Hidangan Sampingan :  

SOS Kastard :
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 cwn santan
1/2 cwn air kosong
secubit garam
5 sb gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
 
Masukan smua bahan dlm periuk,masak atas api sederhana,kacau hingga bancuhan likat dan berkilat.
 
 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment