Kuih Cakoi bukan sahaja sangat sesuai
untuk hidangan sarapan pagi, malah ianya juga sesuai dihidangan untuk
minum petang. Resepi ringkas lagi mudah ini amat cepat untuk disediakan.
Jangan lupa try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Kuih Cakoi Simple
Bahan-bahan Kuih Cakoi Simple :
400 gr tepung gandum
1 cwn air
1 sb marjerin (cairkan )
1 sk garam
3 sb gula pasir
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sk yis kering
1/2 sk soda bicarbonat
Cara-Cara Membuat Kuih Cakoi Simple :
Dalam mangkuk,campurkan semua bahan (kecuali tepung ),kacau
sebati,masukan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli,uli doh hingga
lembut dan tak melekat ditangan..doh mesti lembut.
rehatkan doh selama 30 minit tutup dgn kain lembab.
canai doh bentuk persegi,tebal 1/2 cm,potong panjang kemudian tindih dgn lidi bersih/chop stik..
goreng hingga kekuningan.
Cadangan Hidangan Sampingan :
SOS Kastard :
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 cwn santan
1/2 cwn air kosong
secubit garam
5 sb gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Masukan smua bahan dlm periuk,masak atas api sederhana,kacau hingga bancuhan likat dan berkilat.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!