Resepi kuih tradisional memang jarang kitahu cara pembuatannya. Salah satu sebab orang ramai tidak mengetahui nye adalah disebabkan proses pembuatan nye yang rumit. Tapi hari ini saya nak share salah satu resepi kuih tradisional kita yang rumit tapi telah di mudahkan cara pembuatan nya. Satu
resepi kuih yang di kenali sebagai Kuih Tepung Bungkus Simple. Jangan lupa try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Kuih Tepung Bungkus Simple
Ada 3 peringkat
1. Inti
2. Balutan inti
3. Balutan Luar
1. Bahan-bahan Inti Kuih Tepung Bungkus Simple :
1bj kelapa parut
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
Daun pandan
2 sudu besar t.gandum
Sedikit air
Garam.
1. Cara-Cara Membuat Inti Kuih Tepung Bungkus Simple :
1. Masukkan sedikit air, gula merah, gula putih dan daun pandan.
2. Setelah gula
dah hancur, tutup api dan tapiskan air gula.
3. Kemudian masukkan air gula
ke dlm kuali bersama kelapa parut.
4. Gaul sebati dan masukkn tepung gandum
5. Masak sehingga kering seperti inti ketayap. setelah masak bulat2 kan
inti kelapa seperti dalam gambar
2. Bahan-bahan Balutan Inti Kuih Tepung Bungkus Simple :
1/2 kg tepung pulut
Air
Garam
2. Cara-Cara Membuat Balutan Inti Kuih Tepung Bungkus Simple :
Bancuh tepung dan air, ianya seperti buat buah melaka.uli hingga sebati. bulat-bulatkan dan masukkan inti didlm tepung ini seperti dlm gambar
3. Bahan-bahan Balutan luar Kuih Tepung Bungkus Simple :
6 cawan tepung beras
12 cawan santan
Garam
3. Cara-Cara Membuat Balutan luar Kuih Tepung Bungkus Simple :
1. Campurkan semua bahan dan tapis.
2. Masukkan kedlm kuali dgn api sederhana..kacau sehingga pekat
Proses terakhir
1. Bila semua siap, ambil daun pisang, letakkan balutan luar.
2. Kemudian
letak inti kelapa yg dibaluti dgn tepung pulut tadi.
3. Balut kemas supaya
tepung tak keluar, siap untuk dikukus, 1/2 jam.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!