Sapa tahu buat pizza? Susah kan nak buat nye. Jangan risau, hari ni saya nak share satu resepi simple pizza yang menggunakan roti sahaja. Pizza Roti Gardenia Simple. Resepi ringkas lagi mudah ini amat cepat untuk disediakan.
Jangan lupa try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Pizza Roti Gardenia Simple
Bahan-bahan Pizza Roti Gardenia Simple :
-6 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)
-6 keping keju cheesedale
bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan
1/3 cawan air
1 sudu mentega.
Cara-Cara Membuat Pizza Roti Gardenia Simple :
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan
1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!