Ada diantara kita
yang gemarkan desert selepas makan kan. Salah satu desert yang simple
dan mudah untuk dibuat adalah bubur. Hari ini saya nak share resepi Bubur Pulut Hitam Simple yang sangat simple dan mudah disediakan. Jom kita
try n jangan lupa share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Bubur Pulut Hitam Simple
Bahan-bahan nya Bubur Pulut Hitam Simple :
1 Pack Kecil Pulut Hitam
1 Biji Kelapa (Diambil Santannya)
25 Sudu Besar Gula
3 Helai Daun Pandan
Air Secukupnya
Cara-Cara Membuat Bubur Pulut Hitam Simple :
1. Rendam pulut hitam semalaman. Basuh bersih keesokannya.
2. Masukkan pulut hitam bersama daun pandan dan air kedalam pressure
cooker dan masa selama 30 minit, kemudian biarkan ianya sejuk dan
mengembang dalam pressure cooker tu.
3. Masukkan pulut hitam yang telah kembang bersama daun pandan kedalam periuk.
4. Masak hingga mendidih kemudian masukkan santan dan gula.
5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
6. Tutup api bila dah mendidih.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!