Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak
share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah.
sangat senang dan simple sahaja. Biskut Cornflake Coklat Simple. Jangan
lupa
try n
share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Biskut Red Pearl Cookies Simple
Bahan-bahan Biskut Cornflake Coklat Simple :
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang
Cara-Cara Memasak Biskut Cornflake Coklat Simple :
1. Mula-mula kita satukan butter dan gula. 2. Dengan menggunakan
senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak
payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika
terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar
nanti.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
5. Sudukan atas dulang pembakar
6. Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
7. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
9. Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
10. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!