Thursday, 15 October 2015

Bubur Pengat Pisang Simple


Bubur Pengat Pisang Simple
Ada diantara kita yang gemarkan desert selepas makan kan. Salah satu desert yang simple dan mudah untuk dibuat adalah bubur. Hari ini saya nak share resepi Bubur Pengat Pisang Simple yang sangat simple dan mengikut sukatan cawan. Senang kan? Apa lagi.. Jom kita try n jangan lupa share ngan kawan-kawan ye.

Resepi Bubur Pengat Pisang Simple

Bahan-bahan nya Bubur Pengat Pisang Simple :

- 1/2 Cawan Sagu
- 1 Cawan Santan/ Susu
- 5 Batang Pisang
- 1 Cawan Air
- 1 Bar Gula Melaka
- Gula Secukucup Rasa

Cara-Cara Membuat Bubur Pengat Pisang Simple :

1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan sagu dan masak hingga kembang.
3. Masukkan pisang, gula melaka, gula pasir dan santan.
4. Kaca rata sehingga sedikit mendidih.
5. Biarkan sejuk dan simpan dalam fridge.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

1 comment: