Wednesday 14 October 2015

Kuih Seri Muka Simple ( Sukat Cawan )

Seri Muka Simple

Resepi Seri Muka Simple. Jangan lupa try ye resepi ni. :-)

Resepi Kuih Seri Muka Simple

Bahan-bahan Lapisan Atas :

- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :

 - 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.


 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

3 comments:

  1. Daun pandan pon blend sekali yer?

    ReplyDelete
  2. Blend daun pandan ambik airnya sahaja br blend sekali dgn bahan2 yg lain2

    ReplyDelete