Tuesday 6 October 2015

Biskut Strawbery Nestum Simple

Biskut Strawbery Nestum Simple

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Strawbery Nestum Simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Strawbery Nestum Simple

Bahan-bahan Biskut Popia Nestum Simple :

250gm mentega
120gm gula icing
50gm nestum (kisar kasar)
300gm tepung redrose + 1/4 cwn
1/4 cwn susu tepung
2 sudu teh srawberry paste
1 sudu teh baking powder sedikit pewarna merah


Untuk hiasan:
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
Nestum secukupnya

Cara-Cara Memasak Biskut Strawbery Nestum Simple :

1. Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3. Kemudian masukkan strawberry paste dan pewarna merah.
4. Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6. Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment