Monday 5 October 2015

Biskut Popia Nestum Simple


Biskut Popia Nestum Simple

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Biskut Popia Nestum. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Popia Nestum Simple

Bahan-bahan Biskut Popia Nestum Simple :

1 paket Kulit popia
200 gram Nestum (dikisar halus)
1 cawan Gula pasir (dikisar halus) -  Mengikut citarasa masing-masing
5 sb Horlick
5 sb Susu Tepung

Cara-Cara Memasak Biskut Popia Nestum Simple :

Bahan semua main anggaran je.

1. Gaul bahan 2-5 hingga sebati.
2. Simpan dalam bekas kedap udara untuk elak masuk udara.
3. Gulung kulit popia sekeping demi sekeping.
4. Gunting/Potong kulit popia yang dah digulung tu secara menyerong.
5. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana. Selepas digoreng, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan yang dah digaul sebati tadi.

p/s: Kalau kulit popia tu tidak melekat di hujungnye, boleh gunakan air atau telur atau bancuhan tepung gandum sebagai bahan pelekat.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment