Wednesday 7 October 2015

Biskut Badam Kacang Peas Simple

Biskut Badam Kacang Peas Simple

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Badam Kacang Peas Simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Badam Kacang Peas Simple

Bahan-bahan Biskut Badam Kacang Peas Simple :

300gm butter
250gm gula castor
2 biji telur
1st vanilla
200gm tepung gandum ~ diayak
200gm tepung kastard ~ diayak
150gm tepung jagung ~ diayak
100gm serbuk badam ~ badam cincang disangai kemudian dimesin halus
50gm kacang peas ~ dimesin halus


Untuk hiasan:
1 biji kuning telur + sedikit warna kuning
badam cincang secukupnya
serbuk kacang peas secukupnya

Cara-Cara Memasak Biskut Badam Kacang Peas Simple :

1. Butter dengan gula dipukul hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga gebu.
3. Serbuk badam dan serbuk kacang peas digaul dgn tepung2 yg telah diayak.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter sedikit2. Jika adunan lembik, tambah sikit je lagi tepung dan adun hingga tidak melekit.
5. Canai adunan, terap dgn acuan pilihan dan susun dlm loyang pembakar. Sapu dgn kuning telur, tabur badam dan serbuk kacang peas.
6. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak pada suhu 150C.
Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment