Thursday 8 October 2015

Biskut Cornflake Rangup

Biskut Cornflake Rangup

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Cornflake Rangup. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Cornflake Rangup

Bahan-bahan Biskut Cornflake Rangup :

250 gm butter
3/4 cawan gula
1 biji telur kuning
2 cawan tepung naik sendiri
250gm cornflakes - diramas
1 sudu kecil esen vanilla
Papercup untuk letak biskut


Cara-Cara Memasak Biskut Cornflake Rangup :

1. Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul bagi sebati semua bahan-bahan.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes, terus kacau bagi sebati dengan senduk saja.
3. Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup.
4. Panaskan oven dan boleh la dibakar biskut dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sampai biskut masak.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment