Friday, 9 October 2015

Biskut Cornflake Coklat Simple

Biskut Cornflake Coklat Simple

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Cornflake Coklat Simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Cornflake Coklat Simple

Bahan-bahan Biskut Cornflake Coklat Simple :

Bahan A:
300 gm coklat masakan
2 sudu teh shortening


Bahan B:
100 gm cornflakes
40 gm badam cincang - dibakar selama 10 minit

Hiasan:
coklat rice

Cara-Cara Memasak Biskut Cornflake Coklat Simple :

1. Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’
2. kemudian masukkan kesemua bahan B. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
3. Letakkan mangkuk berisi adunan coklat dan cornflakes ke dalam air panas supaya coklat tidak mengeras sebelum siap disudukan ke dalam cawan kertas.
4. Sudukan ke dalam acuan kertas dan taburkan coklat rice.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

* Bahan Hiasan mengikut citarasa masing2 yer.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment