Saturday 10 October 2015

Banana Split Oreo Simple


Banana Split Oreo Simple

Resepi aiskrim kali ni sangat simple dan mudah, sapa gemar makan banana split kat sini. Hari ini saya nak share satu resepi Banana Split Oreo yang simple. Resepi menarik ni. try la ye.

Resepi Banana Split Simple


Bahan-bahan Banana Split Simple :

Satu tin susu cair
4 sudu besar gula (kalau nak kurang manis skit letak 3 1/2 pun cukup)
2 sudu besar overlett (ratakan atas sudu tu, jgn amik menggunung plak)
sebiji putih telur
essence vanilla (boleh guna essence yang lain mengikut citarasa masing-masing)

Sebagai tambahan letak la apa-apa yang korang nak letak untuk menyedapkan lagi aiskrim korang, Saya letak oreo yang telah dihancurkan.

Cara-Cara Membuat Banana Split Simple :


1. Prosesnya senang sangat-sangat, campurkan je semua barang2 td dlm bekas bancuhan (kecuali oreo)

2. Selepas itu pukul dengan mesin kek (or kalau larat manual la) selama 20 minit hingga die kembang n naik. Mesin kek gune kelajuan optimum.

3. Bila dah cukup 20 minit. nilah hasilnya.. dia jadi mcm krim.. kalau terbalik kan bekas tu pun die xkan jatuh..

4. Pastu leh la letak serbuk oreo tadi dan kacau bagi ianya tersebar keseluruhkan krim.

5. Dah siap terus masuk dalam freezer

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment