Resepi Popia Basah Simple
Hidangan untuk 8 - 12 Orang
Bahan-bahan kulit popiah :
150 gram tepung gandum1 sudu teh tepung ubi kayu
400 ml air
2 biji telur dipukul
½ sudu besar minyak
sedikit garam
Cara-Cara Membuat Kulit Popia:
1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.
2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.
3. Sapu kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.
4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab
Bahan-bahan untuk inti dan sos popia:
Timun dihiris halusLobak dihiris halus
Telur rebus (hancurkan)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk )
Bawang goreng
Taugeh (celur)
Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)
Bahan- bahan Sos Sambal Hitam Popia untuk disapu:
@Cili kering/kisar
@Bawang merah /kisar
@Bawang putih /kisar
Gula merah
Gula sedikit
Serbuk perasa
Otak udang / petis sedikit
Cara-caranya:
1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,
2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,
kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)
kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)
3.Sejukkan terlebih dahulu.
Cara Menyediakan Popia Basah
Sambal hitam disapu pada kulit popiah,
Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah
Kemudian gulung kemas-kemas,
Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
wah bestnya susah nak jumpa popia nih. boleh la cuba buat. tq kongsi resepi.
ReplyDeletesaya suka popia basah ni/...bilalah agaknya nak cuba..hehehe
ReplyDeletesaya suka popia basah ni/...bilalah agaknya nak cuba..hehehe
ReplyDelete