Bila berkumpul time cuti hujung minggu, mesti kita nak masak satu hidangan yang menarik untuk keluarga tersayang kan. Hari ini saya nak share satu resepi terbaik dari johor. Resepi Asam Pedas Johor. Resepi menarik ni. try la ye.
Resepi Asam Pedas Johor Terbaik
Bahan-bahan nya :
1 kg ikan Pari - Boleh la ikut apa jenis ikan kegemaran andaMinyak masak
Daun kesum
Kacang bendi
100 gm cili kering
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit
Asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat :
1 : Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit, panaskan minyak dan masak bahan tumis sehingga pecah minyak.
2: Masukkan daun kesum mengikut cita rasa dan tambah garam secukup rasa, biarkan seketika.
3: Masukkan ikan pari dan biarkan seketika sehingga masak
4: Masukkan kacang bendi dan perahan air asam jawa.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment