Monday, 17 August 2015

Bubur Lambuk Ala Kampung Baru

Bubur Lambuk Ala Kampung Baru Simple

Bila badan sakit dan lemah, mesti teringin nak makan bubur kan, orang sakit mesti cari bubur kan. Bila teringat bubur, teringat bubur lambuk masa bulan ramadhan yang lepas la pulak. Mula la mencari resepi bubur lambuk yang famous dan sedap tu, alaa Bubur lambuk kampung baru yang terkenal tu. Godek punya godek, terjumpa resepi yang simple ni. Apa lagi jom kita try.

Resepi Bubur Lambuk Ala Kampung Baru Simple

Bahan-bahan nya :

2 cawan beras
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan
garam/gula secukup rasa
air

1 cawan udang kering (ditumbuk lumat)
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih (dihiris )
2 biji bawang besar (dihiris )
1 inci halia (dihiris )

Rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras (ditumbuk)

Bahan rempah (goreng kering dan mesin halus)
1 sudukecil jintah manis
1 sudukecil ketumbar
1 sudukecil lada sulah
1 sudukecil lada hitam

Bahan-bahan sampingan :
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji

Bahan hiasan
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng

Cara-Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi
  2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
  3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
  4. Kemudian masukkan daging.
  5. Tumis sehingga naik minyak.
  6. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
  7. Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
  8. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
  9. Kerika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
  10.  Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
  11. Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan


 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

1 comment: