Mungkin ramai yang tahu resepi ini. Kalau sesekali pekena gulai lemak pucuk paku ni, memang marbeles la. Apa kata orang, mak mertua lalu belakang pun tak sedarkan. Inikan sebahagian resepi turun temurun kita kan. Jadi saya ingin jadikan resepi ini sebahagian dari koleksi resepi emak. Jangan lupa try ye resepi ni. :-)
Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi Simple
Bahan-bahan nya :
1 ikat sayur pucuk pakusantan 1 biji kelapa
segenggam ikan bilis - boleh juga guna udang - ikut citarasa sendiri
15 - 20 cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat :
Bersihkan pucuk paku dan potong lebuh kurang 1 inci. Jangan ambil bahagian yang keras.
Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit.
Masukkan ikan bilis dan bahan kisar dalam kuali/periuk. Panaskan kuali/periuk.
Masukkan santan. Kacau sebati dan selalu. Kalau tak kacau, nanti berketul.
Setelah santan mendidih, masukkan pucuk paku. Kacau lagi sehingga sayur lembut.
Masukkan asam keping, garam dan perisa.
Dah siap untuk dihidang.

Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment