Friday 14 August 2015

Sotong Paprik Simple


Sotong Paprik Mudah

Ada ke penggemar masakan thailand kat sini? Mesti ada yang suka resepi sotong paprik kan. Kali ni kite nak share resepi sotong paprik yang mudah dan simple untuk korang.  Senang untuk dicuba. Try la ye.

Resepi Sotong Paprik Simple dan Yummyliciuos


Bahan-bahan nya :

8 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah- dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris panjang
1/2 biji cili benggala - dihiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, putik jagung
(semua sayuran ini dipotong ikut suka)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih dan cili padi. Kacau sekejap.
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing sedikit.
3. Kemudiah baru dimasukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan atau sos sotong, dan sotong.
4. Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.
5. Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Masukkan lobak merah dulu, kemudian diikuti oleh sayur-sayuran lain.
6. Bila telah mendidih, masukkan hirisan bulat bawang besar, cili merah, cili bengggala, dan hirisan tomato.
7. Rasa kuahnya, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan masak seketika.


 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment