Jom kita
buat resepi Pau Simple ni. Mudah dan senang untuk oorang baru nak buat pau macam kita ni. Resepi menarik ni. Jom kita try.
Resepi Pau Simple
Bahan-bahan nya :
1 paket mauripan (ibu roti)
2 1/2 gelas tepung pau
1 sudu kecil baking powder (sy guna sudu kfc)
1 1/2 gelas air suam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam( sy guna sudu kfc)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil minyak
kertas/daun pisang potong bulat(lapik setiap biji pau)
Cara-Cara Memasak :
-masukkan mauripan,susu pekat dan gula dalam air suam biar seketika (sampai berbuih)
-satukan tepung ,baking powder dan garam (gaul sebati)
-masukkan air sedikit sedikit sambil uli sampai doh xmelekat
-sapukan minyak pada doh dan uli sampai sebati
-masukkan doh dlm bekas tertutup biar naik 2x ganda
-lepas 1/2 jam tumbuk2 doh biar keluar angin
-bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (dapat 12biji)
-kemudian masukkan inti (kari ayam @ sambal bilis) dan lapikkan kertas/daun pisang
-panaskan air dalam periuk kukusan (air 3/4 periuk)
-tunggu air betul2 mendidih baru la masukkan pau.
-pastikan penutup periuk dibalut dengan kain/aluminium foil supaya xmenitis air atas pau
-kukus pau selama 12-15minit —
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!