Jom kita
buat resepi Kek Marble Pandan Jagung Kukus simple ni. Mudah dan menarik sangat. sekali pandang hari terpaut taw. hehehe.. Resepi menarik ni. Jom kita try.
Resepi Kek Marble Pandan Jagung (kukus)
Bahan-bahan nya :
1 buku butter (250g) - suhu bilik
2/3 cawan gula halus
4 biji telur saiz besar - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
2/3 cawan santan kotak
1/2 cawan jagung krim
pandan paste secukupnya
pewarna kuning
Cara-Cara Memasak :
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Bancuh telur bersama esen vanila.
3. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
4. Masuk kan setengah bancuhan telur.Pukul hingga sebati, kemudian
masuk kan baki telur & pukul lagi & pastikan tidak bergentel
& sebati.
5. Masuk kan santan, gaul rata.
6. Masuk kan tepung, gaul rata cara kaup balik atau guna kan mixer had laju paling rendah. Jgn terlebih gaul.
7. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur jagung krim
& pewarna kuning. Sebahagian lagi dicampur paste pandan.
8. Bubuh adunan kedalam acuan ikut kreativiti anda. Boleh diselang selikan atau dibubuh selepuk selepuk.
9. Kukus didalam pengukus yg telah sedia mendidih airnya (api besar)
selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Sebaiknya cucuk kan lidi untuk
pastikan kek masak.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!