Thursday 6 August 2015

Kek Brownies Simple

Kek Brownies Simple


Kali ni teringat pulak tentang kek brownies. Masa 1st time buat tak berapa nak menjadi. Bila 2 , 3 kali buat baru la menjadi. Tak pa, usaha itu kan tangga kejayaan kan. Yang penting, mencuba jangan putus asa. Jom kita buat resepi Kek Brownies Simple. Mudah dan senang untuk orang baru nak buat Kek Brownies Simple macam saya ni. Resepi menarik ni. Jom kita try.

Resepi Brownies Simple


Bahan-bahan nya :

1 buku butter salted SCS (250g)
100g coklat semi sweet - di potong kecil-kecil supaya mudah cair
3/4 cawan serbuk koko (guna jenama yg berkualiti) - diayak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur saiz besar - suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan coklat chip semi sweet hersheys - simpan didalam peti sejuk sehingga saat digunakan
walnut secukupnya jika suka - dicincang kasar
Cara-Cara Memasak :

1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Bancuh telur bersama esen vanila. Pukul hanya setakat telur & esen sebati. Tak perlu pukul sampai 10 minit. Ketepikan.
3. Cairkan butter diatas api kecil. Kita tak nak butter hangus (tak perlu double boiling).
4. Setelah butter cair, masuk kan 100g coklat semi sweet. Kacau lagi hingga coklat cair. Matikan api.
5. Tuang kedalam mangkuk besar. Kemudian masuk kan serbuk koko, kacau rata.
6. Masuk kan gula & kacau lagi. Biarkan agak sejuk sedikit sebelum dimasuk kan telur.
7. Setelah agak sejuk, masuk kan setengah telur, kacau rata. Kemudian masuk kan baki telur & kacau hingga sebati.
8. Masuk kan tepung, kacau rata hingga takde putih tepung yg kelihatan. Jgn terlebih menggaul.
9. Masuk kan chocolate chips sejuk & walnut, gaul rata.
10. Tuang kedalam loyang 9 x 9 & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 40 - 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Gunakan lidi untuk pastikan brownies masak. Jgn terlebih bakar nanti brownies kering. Brownies yg elok ialah apabila dicucuk, lidi yg keluar tidak basah & tidak juga kering. Pasti ada sedikit bekas-bekas brownies melekat pada lidi. Keluarkan dari oven pada tahap ini. Suhu panas pada brownies akan buat brownies lebih cukup masak.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

2 comments:

  1. wahhhhh... best ni..


    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete