Resepi Aiskrim Chocolate Minty Simple
Bahan-bahan nya :
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan dairy whipping cream
2/3 cawan susu pekat manis
2 1/2 sudu besar serbuk koko - diayak supaya tidak bergentel
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan badam cincang - disangar
8 keping biskut Oreo - dipotong kecil tanpa buang krim
3/4 sudu kecil esen mint (pudina)
pewarna hijau secukupnya
1/8 sudu kecil garam
Cara-Cara Memasak :
1. Satukan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen vanila & garam. Pukul hingga pekat & bertanduk.
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur serbuk koko & sebahagian lagi dicampur esen mint & pewarna hijau. Sebatikan.
3. Setelah sebati, bahagian coklat dicampur dgn badam cincang, gaul rata. Bahagian mint dicampur dgn biskut Oreo, gaul rata.
4. Bubuh kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh bubuh selapis-selapis atau selepuk-selepuk kedalam acuan atau bekas kemudian ditutup.
5. Masuk kan kedalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing) sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment