Salam, hai semua, Resepi puding bukan sahaja digemari budak-budak bahkan golongan dewasa juga tak ketinggalan menyukai resepi ini. Ianya amat mudah dimakan dan sangat sedap untuk semua jenis acara. So hari ni saya dapat la satu resepi puding yang nak dikongsikan. Hari ni saya nak share satu resepi yang amat mudah dan senang dimasak iaitu resepi Resepi Puding Sagu Pelangi Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Puding Sagu Pelangi Simple
Bahan-bahan Resepi Puding Sagu Pelangi Simple
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran
Cara Cara Masak Resepi Puding Sagu Pelangi Simple
1.Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2.Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3.Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4.Masukkan susu cair.Kemudian tutup api.
5.Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
6.Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7.Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
8.Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais..
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!