Salam, hai semua, lama tak menaip dalam blog ni. So arini kita nak share resepi simple yang kita dapat dalam fb. Kadang-kadang kita ada simpan lebihan ayam kat dalam petisejuk tu kan. tapi kita tak tahu nak buat apa dah. Apa kata kita try respi homemade sosej ni. Simple, mudah senang nak try tau. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Homemade sosej Simple
Bahan-bahan Resepi Homemade sosej Simple
Isi ayam bahagian dada ( 4-5 ketul )
Telur sebiji
Garam
Bawang putih
Lada sulah/ serbuk lada hitam
Tambahan :
Carrot ( cincang halus )- saya tak masukkn
Cheese ( saya tak masukkan )
Cara Cara Masak Resepi Homemade sosej Simple
- Blend isi ayam , telur , garam , bwg putih, lada sulah , carrot . Kemudian potong cheese kecil kecil dan gaul sekali isi ayam .
- Masukkan bahan yg diblender tadi dalam piping beg . Picit adunan ke atas wrapping plastic atau boleh guna plastik aiskrim .
- Ikat kemas . Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras .
- Bila dah keras , bukak plastik tadi dan rebus sosej . Jangan rebus dengan plastik ya .Bila dh timbul maksudnya sosej dah masak .
- Biarkan sejuk . boleh goreng atau frozenkan
Kredit kepada : madiey xiaojie via masak apa hari ni fb
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!