Saya ni suka tengok rancangan masakan kat channel astro tu. Food Channel. Bila tengok resepi chicken butter milk, memang terliur ja, menarik dan menyelerakan. Jadi saya pon apa lagi, mencari la resepi Ayam Butter Milk simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Ayam Butter Milk Simple
Bahan-bahan Resepi Ayam Butter Milk Simple
Isi ayam - 1/2 kilo
Telur 2 biji
Tepung Gandum (2 cawan)
2 sudu kecil Blackpepper
Garam secukup rasa
Kuah Buttermilk
3 sudu besar butter
Bawang Putih (3 ulas)
Bawah Besar (ikut suka)
Daun Kari (ikut suka)
Cili padi hijau (1)
1 Tin Susu Cair
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Cara-Cara Memasak Resepi Ayam Butter Milk Simple :
1. Celup isi ayam di dalam telur, kemudian celup didalam tepung (tepung gandum + blackpepper + garam ) dan goreng hingga kekuningan.
2. Masuk kan butter dia kuali lain, tumis bawang2, cili dan daun kari.
3. Kemudian masuk kan susu cair .
4. Masuk kan ayam yang telah digoreng.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!