Thursday, 12 October 2017

Spaghetti Bolognese Simple

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Salam, hai semua, Ramai tak peminat western food kat sini? mesti ramai tercari-cari resepi Spaghetti Bolognese kan?. So hari ni saya nak share satu resepi Spaghetti Bolognese yang amat mudah dan senang dimasak, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Spaghetti Bolognese Simple

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Bolognese Simple

1 paket spagetti
500gm daging cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
1/2 biji lobak merah | potong dadu
3-4 biji cendawan butang | potong dadu
1 cawan air (saya tambah)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara Cara Masak Resepi Spaghetti Bolognese Simple

1.Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3.Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
4.Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
5.Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
6.Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
7.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.Siap untuk dihidangkan.

Kredit kepada : Amir Said fb

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye

No comments:

Post a Comment