Wednesday 11 October 2017

Ketam Masak Lemak Cili Api Simple

Ketam Masak Lemak Cili Api Simple

Salam, hai semua, Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api memang tak asing lagi kepada penggemar makanan seafood. Tetapi bukan ramai yang mengetahui cara masakan masak lemak cili api yang lazat. Lagi-lagi resepi turun temurun dari negeri sembilan. So hari ni saya dapat la satu resepi masak lemak yang nak dikongsikan. Hari ni saya nak share satu resepi yang amat mudah dan senang dimasak iaitu resepi Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Simple

Bahan-bahan Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Simple

3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Cara Masak Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Simple

Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye

No comments:

Post a Comment